March 24, 2015

Disuatu Ahad Di Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Gatal betul tangan ni nak menaip..hehehe. Bukannya ada apapun nak share...main merapu share wat orang nyampah jer kan. Nak share hal travel, lom kemana-mana lagi setakat ni...cuma lagi seminggu dua lagi nak jelajah 2-3 negara. Mintak-mintak lah mampu..hehehe. Impian nak travel time snow masih tak tercapai...nak main snow kat India, my sis macam teragak-agak jer..hahahaha. Hopefully hujung tahun ni ada kut peluang...hehehehe. 

Satu hari tu my sis ajak makan mee tarik Warisan area KL..sayapun terus on jerlah kan sebab tak pernah try. Kena pulak time tu baru lepas baik demam..sepanjang demam memang tak makan..bila dah baik, memang nak makan macam-macam lah. Restoran Mee Tarik Warisan ni terletak di Dang Wangi.

Tak perasan ternganga tengok sorang mamat ni dok tarik tepung sampai boleh jadi mee...hahahahha. Masih tertanya-tanya cmner dengan tangan boleh hasilkan mee walaupun tengok banyak kali...hmmm..Bila ada orang order, baru mee akan ditarik..Jom tengok kami makan apa...



My sis order mee tarik tanpa sup..saya boleh bayangkan cmner mee ni dimasak..memula goreng kentang sampai garing...pastu letak air dan daging..kemudianya cili benggala dan bawang besar. Diperisakan sedikit dengan cili, garam dan gula. Kentang goreng tu memang memberi rasa dalam mee ni....memang sedap. Portion pulak macam untuk 2 orang...banyak. Harga pulak dalam range RM7-10 kalau tak salah saya. Texture mee ni macam mee maggie. Jika diperhatikan...bentuk mee ni tak sekata..ada yang kurus-kurus...dan ada yang gemuk-gemuk


Dengan tekak yang masih sakit dan terbatuk-batuk..boleh pulak order mee dengan sup yang pedas ni...hahahhaha. Memang pedas giler...seolah-olah sup ni hanya guna cili serbuk...fuhh. Last-last saya give up dan terus share makan mee tarik my sis...hahahaha.


Lepas dah kenyang...shopping kejap kat Sogo. Dekat-dekat masa nak travel ni..mesti ada jer benda nak beli..lepas dah shopping, saya ajak my sis gi taman rama-rama. Entrance fee just RM10 untuk Malaysian. Tempat ni memang terbaik nak hayati alam semulajadi. Rama-rama memang la banyak, tapi asyik terbang tinggi-tinggi. Nganga jerlah tengok...haahahaha. Ada juga la yang hinggap kt daun..boleh la snap sikit. 

Yang paling saya suka tempat ni adalah..kehijauan tumbuh-tumbuhan..fresh dan waterfall buatan yang kelihatan seolah-olah real. Dengan keadaan panas, memang best la duduk kat situ. 

Saya ni jenis geli dengan serangga..hahaha. Kononnya nak hayati keindahan taman rama-rama lah...bila rama-rama dok terbang kat saya..kegelian lah...hahahah. Eeiiiii. Jom tengok gambar :)



 
Deruan waterfall mini menghasilkan suasana hutan..


 Antara rama-rama yang sempat saya snap


Disebalik daun pisang


 
Hinggap di atas paku pakis


 
Pelbagai pokok yang ditanam di sini..


Rama-rama menghisap madu
Sampai di sini dulu jer semua...bai!!!

March 11, 2015

Thailand (Bangkok) Day 5 - Part 9

Assalamualaikum...

Lama sungguh entry Bangkok ni tergantung..isk isk isk. Bukan taknak updated blog, tapi masa terlalu penuh dengan activity lain. Disebabkan I love my blog...saya gagahi update..hehehe.

Day 5 di Bangkok merupakan hari terakhir kami. Pagi tu saya excited sangat sebab nak menghayati view sunrise dari bilik. Kedudukan bilik kami di tingkat 17 dapat menyajikan view Bangkok City yang sungguh menarik. 


 Seawal 6 pagi tak salah saya time ni...masih tak nampak rupa matahari



 
Matahari makin menunjuk rupa..indah sungguh bila sunrise. 

Pagi tu kami hanya melepak2 dalam bilik. Breakfast pun dari bilik jer. Flight kami adalah waktu malam..untuk hari terakhir kami takde apa sangat nak buat. Bila tiba saat akhir untuk check out..barulah kami keluar. Lepas tinggalkan bag di hotel...kami pun mula activity nak shopping. Location yang kami tujui adalah...Pratunam Market. Disinilah saya beli t-shirt untuk anak-anak buah. Dan disini juga saya dipaksa membeli thai silk...haish. Saya just nak belek-belek jer..sekali tokey tu taknak lepaskan saya...sampai thai silk tu harga dari 2000 baht..dia kurang sampai 600 baht. Bila fikir-fikir saya belum ada baju raya..so tak salah kut beli..hehehehe


Lepas puas bershopping di Pratunam market...kamipun bergerak pulak ke Pratunam Mall. Fuhh...giler banyak kedai-kedai pakaian dalam mall tu. Malangnya..kecik2 jer bajunya...sedih!!! Kat luar Pratunam Mall tu ada satu stall kebab halal...kamipun lunch situ lah.



 
Nak mudah untuk gerak sana-sini...boleh bonceng moto2 ni..perempuanpun ada tau...


 
Disebabkan masih ada masa berbaki...kamipun berjalan ke Jim Thompson Museum ni..tak jauhpun dari Ibis Hotel...tapi penat jugaklah berjalan...hehehehe. Bila dah sampai..macam rasa tak menarik pulak tempat tu..hahahaha. Nasib baik ada buggy..free jer hantar kami ke main road...hehehe. 

Hari terakhir kami di Bangkok agak tak menarik...dah takde tempat kami nak pergi...makanya...kami decide nak ke airport walaupun masih awal. Dalam 2 jam lebih jugak lah kami nganga kat airport tu...hehehe. 

Bila fikir-fikir balik, sepanjang di Bangkok banyak kali jugak kami guna cab..driver cab semuanya peramah dah bagus. Kalau yang pandai speaking, ramah betul bersembang. Boleh dikategorikan driver cab Bangkok ni lebih kurang driver cab Seoul...saya suka. Driver cab Malaysia?? Hmmm...saya mengharapkan driver cab Malaysia improve dari segi service....dah banyak kali saya terkena driver cab Malaysia yang menyedihkan.

Dengan ini, berakhirlah kisah trip Bangkok ni...yang boleh abis adalah..saya nak tunjuk apa saya shopping di Bangkok dan juga overall cost :)



Spice yang saya beli di supermarket dan juga Chaktucak Market. menjadi jugak la kari hijau saya masak...hehehhee.



FM...3 pcs 100 Baht


Key-chain


Thai Silk yang dibeli di Pratunam Market



Khas untuk anak-anak buah saya...mengikut kartun2 kesukaan dorang :)


Shawl


Macam biasa...malas nak pening-pening kepala memilih t-shirt...semuanya sama jer...hahahahaha

Untuk overall cost..saya share next entry lah ye…baibai