January 25, 2015

Thailand (Bangkok) Day 4 - Part 7

Assalamualaikum...

Hari ke-4 di Bangkok. Bila bab shopping ni kalau demampun leh jadi sihat...hahahha. Destination kami untuk that day adalah Chatuchak Market. Chatuchak market ni adalah antara market yang terbesar di dunia. Sebelum kesini, standby lah apa yang patut..contohnya...

1) pakaian yang sesuai sebab kat situ sangat panas
2) Kasut yang sesuai sebabnya kena banyak jalan
3) Standby mineral water
4) Standby bag untuk letak barang-barang shopping supaya kita tak usung banyak bag plastic
5) Pergilah waktu pagi sebab tak panas sangat.

Seperti biasa, kami menggunakan BTS as our transport. Manusia time tu memang giler ramai...berhimpit-himpit dalam train. Dah la ramai, pakat pulak bawak bag besar-besar nak gi shopping...fuhh sakan tul.


 
Station untuk ke Chatuchak market adalah station paling last. Memang tak susah nak ke situ.


See?? Punya ramai orang sampai jammed tangga nak turun dari BTS station...hahahha. Market tersebut terletak disebelah kanan...berjalan dalam 2-3 minit...sampai lah.


Inilah map Chatuchak Market. Ingat boleh dapat pamphlet time datang market ni..rupa-rupanya tak. Kalau tahu tak dapat, sure dah print siap-siap map ni. Jika perhatikan..deretan kedai jualan berlapis-lapis..memang mengelirukan. Kadang-kadang tak sure dah lalu ke belum...hahahha.


 
Area yang tak berbumbung ni macam best sikit..Boleh tengok bahagian kiri kanan dengan mudah. Kalau berjalan di bahagian berbumbung, macam tak cukup udara jer..haahaha. Tapi bahagian luar ni kena tahan panas lah. Area sini lah saya terserempak dengan akak Coconut (http://anash-coconutz.blogspot.com/). Beliau macam biasalah bersama-sama geng travel beliau. Disebabkan selisih agak spontan..kami sempat berborak sikit-sikit jer dan saya tak sempat nak bertegur sapa dengan geng travel beliau yang lain.


 
Antara barang-barang yang dijual


Key-chain ni harga asal dalam 100 Baht...lepas nego boleh la dapat 80 Baht.


Buah-buahan yang sangat fresh. Saya beli honey dew...fuhh..manis sangat...disamping menambah sakit kerongkong sebab buah tu sangat sejuk.


 
orang que panjang sangat untuk stall jual isi kelapa ni...agaknya isi kelapa yang dijual sekali dengan tempurung ni sedap kut..saya tak try pun sebab tak sanggup nak que dalam panas terik tu.


 
Kemudiannya kami sampai area food...itu saya nak...ini saya nak..memang kompius nak apa..hahaha. Honey dew masih ada lagi...macam tamak pulak kan. So saya sabarkan diri.
 

 
Ramai orang dok makan roti ni sambil jalan. Glupppp...macam sedap. Tapi teragak-agak nak beli sebab saya mencari pulut mangga...kang makan roti ni nanti tak boleh dah makan pulut mangga..hahahah


 
Akhirnya jumpa pulut mangga yang diidam-idamkan tu..nasib baik..
 

 
Memang terbaik lah pulut mangga ni..perfect!!! Ada disediakan bangku comel-comel depan stall ni. Boleh jugalah melepas lelah shopping dan juga berjamu selera. My sis sabar jer tunggu saya makan  sebab dia bukan penggemar pulut. Tengah dok makan tu..tourist dari Japan dan Singapore join sekali. 


 
Tak jauh dari stall pulut mangga tu...ada satu stall halal yang jual makanan berat. My sis ajak makan situ. Perut saya dah full dah time tu..tapi order jugak sebab teringin nak rasa...hehehe
 

 
Ada kebab...ada nasi beriani dan macam-macam lagi. Akak ni boleh speaking english dengan sangat lancar...so takde masalah nak order. Di bahagian belakang stall ni ada 1 meja yang boleh duduk dalam 6 orang gitu


My sis order nasi beriani

 
Saya pulak order kebab


 
Macam-macam spice dijual..saya ada beli.
 

 
Terjumpa penjual pulut mangga yang menarik....ada mangga atas kepala dia..besar bukan main....hahahahha. Ajak bergambar bukan main syok...hahaha
 

 
Agak dalam 3 jam lebih kami kat sana...sama-sama letih..so kami mencari jalan pulang. Terkompius nak keluar dari market tu....terpaksa tanya para penjual....hahaha. Photo kat atas ni tunjuk sebahagian kawasan parking bersebelahan BTS Station. Punya ramai orang datang Chatuchak Market ni


 
Victory Monument yang saya snap dari train..kami sebenarnya nak singgah sini sebelum balik hotel...tapi macam tak mampu dah time tu..tired giler. 

Nantikan next entry..saya akan ceritakan pengalaman menarik ketika saya berkesempatan berdiri di atas bangunan paling tinggi di Thailand.

January 14, 2015

Thailand (Bangkok) Day 3 - Part 6

Assalamualaikum...

Sambungan dari entry untuk day 3 di Bangkok. Lepas beberapa jam tido selepas telan panadol...me and my sis decide nak cari tempat makan. Asyik makan di Yana Restaurant rasa bosan pulak. Kami decide nak pergi Silom. Nak pergi Silom memang kami tak pandai...so kamipun tanya la customer service di BTS station National Station

Kami perlu stop di BTS station Chit Lom

Bila tanya jer kat orang area kedai kawasan Chit Lom tu...rupa-rupanya kami perlu naik cab. Dahla time tu dalam pukul 6pm gitu...time orang balik kerja. Cab semuanya tak stop sebab dah ada customer. Gelisah la kami dua orang...perut dah berkeroncong sebab tengahari tak makan. Last-last kami agree nak naik motorbike ...hahaha. Memang tahap terdesak tul time tu. Best jugak naik moto..selit sana-sini..gerun jugak la. Dah la jem teruk. Dalam 5 minit jer kami dah sampai area Silom. Sebenarnya saya tiba dulu daripada my sis...lepas bayar, mamat naik moto tu terus tinggal saya terkontang-kanting. Tapi saya yakin takde apa akan berlaku..sure antara mamat berdua naik moto tu dah discuss nak tinggal kami kat mana. Lagipun kami ada henpon...nothing to worry. Alhamdulillah my sis sampai. Rupa-rupanya penunggang motor yang my sis naik tu adalah muslim. Dia tunjuk deretan kedai area tu banyak restaurant halal. 50 baht (sorang) jugak la tambangnya...hahahaha. Hentam sajalah.

Jalan punya jalan..tak jumpa-jumpa restauran Cili Padi yang kami teringin nak makan tu. Tak sure la wujud ke tak restaurant tu. Kami give up...akhirnya kami pilih untuk makan di Deen Restaurant.


Kecik jer restaurant ni


 
Saya order pad thai dan my sis order nasi goreng. Pad thai ni tak sesedap di Yana Restaurant...saya makan sikit jer sebab tak berapa ada selera. Coffee tu memang terbaik...kalah coffee di coffee shop :P

Selepas makan...kamipun tahan cab untuk balik semua ke Chit Lom BTS Station. Driver cab yang kami naik tu pandai cakap english...dia siap nak rekemen tempat makan best bagai..padahal kami dah kenyang..hahaha. Macam-macam la sembang sementara nak smpai destination. Tetiba jer my sis perasan ada night market di sebelah kiri jalan. Pat Pong Night Market namanya. Apa lagi...kami suruh la driver cab tu stop kami kat situ. Rasanya tambang cab kami bayar time tu adalah 40 baht.

Memang happening sangat night market tu...night market tu berada di bahagian tengah deretan shoplot. Ada lebih kurang 4 row gerai-gerai dalam night market tu. Shoplot2 kawasan tersebut terdapat pub2. Kalau intai-intai sikit boleh la tengok perempuan berbikini terkinja-kinja atas stage...Astagfirullahaladzim.


 
Saper pandai tawar-menawar kat night market ni memang satu kelebihan. My sis pandai menawar...saya tak berapa...hehehehe. T-shirt yang sekali dengan seluar ni saya belikan untuk anak buah. Untuk yang lelaki saya beli gambar Ben 10. 2 pasang baju ni saya beli dengan harga 450 baht. Kainnya memang berkualiti


 
Cantik lampu-lampu ni...my sis snap dari henpon


 
T-shirt pulak harga around 200 baht ke atas..agak mahal. 


 
Saya dapat beli shawl ala-ala brand Burberry dengan harga 150 baht. Quality kainnya tidak berbulu dan lembut


Tuk-tuk

 
Terbeli pulak slingbag LV...aduhhh. Tak tahulah dengan harga 1000 Baht adalah berbaloi atau tidak sebab dah sangat tersuka dengan designnya...hahahaha


 
Berakhir sudah activiti shopping...heheheh

 Location night market ni adalah sebelah Chit Lom BTS station jer yeee. Lepas dah penat bershopping agak sakan...kamipun naik BTS terus ke Siam. Saya dari Malaysia lagi teringin sangat nak makan dessert di satu cafe di Siam Paragon. My sis agree sebab kami dah terlapar balik sebab banyak jalan. Mudah nak kesini sebab Siam Paragon ni link dengan skybrige BTS station Siam.


Masuk jer Siam Paragon..terus nampak macaroon ni. Rupa-rupanya macaroon yang diterbangkan dari Paris..isk isk isk. Semua orang pernah dengar Laduree kan..haaa..yang tulah. Excited la nak beli...sekali tanya harga..5 pcs 1000 baht..gluuppp...pengsan. So saya lupakan jerlah niat tu..hahahaha
 

 
Cafe yang saya nak pergi sangat tu berada di ground floor. Rupa-rupanya ground floor ni just untuk restaurant jer..fuhhh...manusia ramai giler 


 
Sebenarnya kami dah ala-ala give up nak cari After You Dessert Cafe ni...tapi nasib baik jumpa. Bila dah jumpa...mak aii...ramai giler customer tunggu turn nak duduk. Meja full!!! Siap kena ambik number lagi...fuh. Tapi don't worry..tak lamapun...sambil-sambil tunggu turn tu boleh la belek-belek menu. Confuse nak pilih yang mana...aduhhh!!


 
Banyak branch rupanya.


 
Macam tak sesuai nak order air manis untuk makan dessert kan...ada satu counter untuk ambil free drink. Tak tahu kenapa time tu saya dahaga sangat..berkali-kali my sis ulang ambil air kat situ. Bila dah demam tu...my sis la dok layan ambik air..kesian kut...hahahha. Air tu macam rasa apple sikit..boleh letak air gula kalau nak manis. Saya prefer tak letak gula....
 

 
Taraaa...tak tau apa nama menu ni..tebal giler roti ni...memang tak larat habis


Macam biasa..menu my sis order always the best...rugi tak order pancake topping jenis lain...terbaik sangat pancake ni. Bekas kecik tu adalah cream cheese.


 
Lepas dah kenyang..kami lepak jer dalam bilik sambil layan view waktu malam dari bilik. Malam tu baru saya dapat idea macam mana nak snap dari tingkap dan tak nampak bayang kami. Caranya adalah tutup lampu bilik..so inilah hasilnya. Nanti saya share view sunrise pulak yer..hehehe.

Untuk next entry..saya akan share pengalaman saya di Chathuchak Market

January 12, 2015

Thailand (Bangkok) Day 3 - Part 5

Assalamualaikum...


This is my 1st entry for this year, 2015. Happy new year kepada semua reader dan juga blogger2. This year...azam untuk travel mana-mana..saya serahkan kepada keadaan. Kalau keadaan time tu berduit..boleh la pilih nak kemana-mana. Berdebar-debar tunggu bonus tahun ni...kalau bonus ok..InsyaAllah boleh la kemana-mana. Kalau tak ok, kena lah penuhkan tabung bencana travel tu. Ada 1 tempat yang saya and my sis teringin sangat nak pegi..harap-harap tercapailah hendaknya....Aminnn!!!

Sorrylah ambik masa yang lama nak habiskan entry Bangkok ni. Sejak balik Bangkok ni...demam saya tak menentu..malu dah asyik MC. Teringat lagi...3rd day di Bangkok, demam saya teruk sangat...rasa membahang jer badan. Memang tak larat sangat. Plan kami pagi tu nak pusing-pusing Bangkok sambil naik boat susuri Sungai Chao Phraya. Tanpa breakfast, kamipun keluar menghala ke BTS National Stadium. 1st sekali yang kami buat adalah...membeli ticket untuk 1 day pass. Pass tu boleh digunakan sampai tengah malam dan bukannya dikira sebagai 24 hours. Adalah rugi kalo kita beli day pass ni waktu petang...seelok-eloknya adalah waktu awal pagi...baru lah berbaloi. Harga pass tu adalah 130 Baht. Boleh dibeli di counter dimana-mana BTS station.



 
 Destination kami that day adalah Saphan Taksin...nampak tak sungai sebelah station tu...itulah Sungai Chao Phraya. Ada lega sebab kami tak perlu nak tukar train..dari National Stadium boleh direct jer sampai ke Saphan Taksin.



 Suasana sekitar National Stadium


Suasana di dalam train

Sampai jer Saphan Taksin Station, kami pun jalan la ikut signboard..tetiba terjumpa 1 tempat jual ticket untuk boat. Rasa macam selamat beli kat situ sebab office tu nampak macam boleh dipercayai. Pernah terbaca ada pelancong yang tertipu pegi beli ticket ntah apa-apa yang melampau sangat harganya. Harga river boat day pass itu adalah 150 Baht.


 
Nilah rupa 1 day pass tu.


 
 Nilah rupa boatnya...time ni mood memang ke Sungai Chao Phraya. Kesian my sis...sikit sebanyak effect dia jugak...diapun turut tak enjoy. Kami turun di Tha Thien Pier yang dikatakan location untuk Wat Pho dan juga Grand Palace. Berduyun-duyun pelancong termasuk kami turun kat boat tu. Stop tu bukan saja sekadar station untuk boat tu...malahan ada market yang menjual makan dan juga souvenir. 



 
Tak sangka betul kami terjumpa gerai orang Islam. Apa lagi...pekena la breakfast kat sini. Saya dengar cerita air kelapa muda boleh sejukkan badan..so saya order la. My sis punya la suka black tea ice tu..cukup rasa dia kata..


 
Ini adalah nasi goreng udang yang saya jamah sikit jer.


 
Kalau anda ke Bangkok...boleh saksikan penjual-penjual tepi jalan jual buah-buahan dan juga jus buah delima. Memang nampak menarik. Saya pernah rasa jus delima tu...rasanya sikit-sikit jer buah delima..maybe air lebih pastu letak pewarna merah...hahahha.


 Tak jauh dari market tersebut...sampailah kami di Wat Pho. Dalam wat ni dikatakan adalah patung buddha yang terbaring dan diperbuat dari emas. Saya terpaksa suruh my sis sorang jer masuk sebab saya gerun nak masuk...hahahaha. Dia pun masuk lah sorang dan saya duduk sorang-sorang kat luar. Time tu rasa nak landing jer kat kerusi panjang yang disediakan di luar wat tersebut.


 
Saya just round bahagian luar jer..terjumpalah bunga teratai ni sekumtum...dalamnya ada lebah menghisap madu...



 
Kalau tengok wat-wat dahulu kala..bentuk begini diperbuat dari batu bata..bila zaman moden skit..diperbuat warna-warni begini pulak. Ntah apa maksudpun tak tau.


 
Saya share photo dari camera my sis...inilah rupa patung buddha yang terbaring dan diperbuat daripada emas.



 
Siap ada bantal tu haa..

Lepas my sis keluar dari wat tersebut, kamipun beriringan ke Grand Palace yang tak jauh dari situ. Sebenarnya bersebelahan jer..tapi entrancenya jauh dari Wat Pho. Kami plan nak guna tuk-tuk sebab saya tak larat nak jalan dengan keadaan panas terik tu. Bila tanya driver tuk-tuk...dia siap offer nak bawak kami shopping bagai. Dan dia cakap Grand Palace tu tutup dan dibuka semula pada pukul 2pm. Bila kami taknak gi shopping, dia suggest kami ke wat yang patung buddha berdiri dan duduk bagai..haish. Last-last kami terpaksa lah berjalan sebab tuk-tuk tersebut taknak hantar. Tahan cabpun dia taknak hantar. Sepanjang kami berjalan, asyiklah kena approch dengan driver tuk-tuk...scam dorang sama jer...Grand Palace ditutup sempena itu ini. Dengan keyakinan bahawa Grand Palace itu dibukak...kami teruskan juga perjalanan.


Ada orang buat show di bus stop.


 
Grand Palace ni takdepun di tutup. Rasanya inilah tempat tumpuan pelancong paling ramai. Bila tengok jer keadaan ni...aduh...berpinar mata. Keadaan memang panas giler. 


  
Tak tahu bagaimanalah rupa Grand Palace tu...kami cuma dibahagian entrance. Saya memang give up time tu..badan rasa memang totally weak. My sis tengok keadaan saya makin teruk..dia decide kami balik. Dia korbankan kesempatan nak masuk Grand Palace disebabkan saya. Berapa kali saya say sorry sebab saya dah spoilkan our vacation. Dia cakap xper..next time nak datang lagi.



 
Kami tak perlu nak berjalan sampai ke jetty mula-mula kami turun tu...sebab Grand Palace ni berdekatan dengan Maharaj Pier yang mana ada juga jetty untuk boat yang bakal kami naik. Nasib baik sangat.


 
View di tepi Sungai Chao Phraya. Rasanya kami dah bazirkan duit beli 1 daypass untuk boat tu.



 
Saya perlu makan ubat...dan roti ni yang boleh lapik perut saya before makan ubat. Sepanjang di Bangkok...roti nilah kegemaran saya...simple but sedap. Just roti yang disapu butter dan ditabur gula...1 slice per pack. Boleh beli dimana-mana 7Eleven.